Isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak – Datin Seri Rosmah Mansor dijadual menerima ijazah doktor kehormat dari Universiti Curtin di Australia hujung minggu ini, kata Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan.
“Ada orang di sini yang bercakap perkara-perkara buruk terhadapnya, tetapi lihat bagaimana rakyat negara lain (Australia) menghargai sumbangannya dengan memberi ijazah doktor falsafah kepadanya,” kata Mohamad pada kira-kira 2,000 hadirin di Rahang, Seremban.
Najib dan Rosmah dijadual ke Australia lewat hari ini (10 Februari 2012), tetapi ia tidak disahkan di mana Rosmah akan menerima doktor falsafah berkenaan kerana Universiti Curtin mempunyai dua kampus; satu di Perth dan satu lagi di Sydney.
Fuh! Santai: Tahniah Dati Seri Rosmah Mansor ^_^









